Monday, December 6

Permulaan Perjalanan Hidupku



Hidup kita penuh dengan dugaan, tanpa dugaan bukan manusia laaa namanya kan..even makhluk Allah yg lain pun ada dugaan diorang sendri..yg penting bagaimana cara kita utk menghadapi setiap dugaan tersebut..bersyukur kah kita apabila ditimpa musibah atau ada rasa berputus asa untuk hidup kerana tidak tertanggung dengan dugaan yg dihadapi?tepuk dada tanya selera. Sebagai manusia, klau ditimpa manusia pasti akan mengeluh, pasti akan terfikir knapa kita yg dpt masalah tu, tapi bila kita mendpt kesenangan, knapa kita tak pernah mempersoalkan perkara tersebut?? kenapa kita tak mengeluh "knapa laa aku ni senang"..lucu manusia ni sebenarnya.. banyak ragam banyak songeh..aku sendiri tak terkecuali menghadapi masalah dan dugaan, aku mengaku aku akan mengeluh klau dpt masalah, aku akan cepat mengelabah, aku akan cepat berputus asa..nasib ada seseorang yg sentiasa di sisi aku, sentiasa tolong aku, sentiasa meniup kata2 semangat pada ku, dgn dia aku kembali yakin, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, tak terucap dgn kata2 betapa aku sangt2 menghargai kewujudan dia di dalam hidupku..Pelbagai perkara aku tempuh bersama dia..aku sentiasa berdoa dia lah yg Allah janji kan untukku untuk menjaga ku, menemaniku, dan menghiburkan ku di kala sedih dan gembira. Kesian dia, sentiasa jadi mangsa kemarahan aku..sabar je dia melayan kerenahku yg memang aku akui keras kepala.. dia sendri cakap aku ni hati batu..haha..tapi aku sentiasa bersyukur keluarga aku turut berperanan sebagai penyokong kuat aku,adik-adik aku..tak terbalas budi diorang..sayang diorang sampai mati..Hargailah setiap insan yg sentiasa berada di sisi kita tak kira susah atau senang. Masa senang ramai yg menempel, bila kita susah..faham2 laa sendiri..apabila duit dijadikan isu..ikatan kekeluargaan pun boleh terlerai apalagi ikatan persahabatan.tak ada yg ikhlas sebenarnya apabila melibatkan wang..Yang paling penting,aku tak akan lupa tahun 2009 dan 2010..

No comments:

Post a Comment